Search
Close this search box.

Kami di IV Synergy Sdn. Bhd. merupakan pengeluar produk minyak aromaterapi yang diberi nama VIEMIS. VIEMIS sebelum ini dikenali sebagai IV Mist. Bermula Januari 2023, pihak kami telah menjenamakan semula produk dengan menukar nama kepada VIEMIS. Walaubagaimanapun, kandungan serta bahan-bahan yang terdapat dalam IV Mist dikekalkan. Cuma nama sahaja yang diberi penjenamaan semula.


Mengikut sejarah asal produk IV Mist, produk ini telah berada di pasaran sejak tahun 2014 lagi. Jualan produk IV Mist sebelum ini telah mencecah 2 juta unit sepanjang tempoh berada di pasaran. Produk kami di mana asalnya digunakan untuk merawat penyakit resdung, namun selari dengan testimoni yang kami dapat dari pengguna, rata-rata mengatakan minyak aromaterapi ini juga dapat digunakan untuk melegakan sakit-sakit sendi, migrain, sakit lutut dan sebagainya.


Buat pengetahuan anda juga, penyediaan minyak aromaterapi ini telah melalui proses teknologi Nano sebelum ia dibotolkan. Teknologi Nano ini telah menghasilkan zarah minyak yang halus, yang membolehkan ia meresap dengan lebih cepat ke dalam liang kulit serta memberikan kesan segera kepada penggunanya.

Minyak aromaterapi IV Mist atau kini dikenali sebagai VIEMIS, amat sesuai untuk pelbagai kegunaan sapuan luaran.